Thursday, September 22, 2011

Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter




 Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter
Zizan dikatakan dengan sengaja jelas menghina Rasulullah apabila dalam satu babak yang dilakonkannya menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”
Bagaimanapun, dalam hal ini Zizan sebenarnya tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana pihak penyuntingan seharusnya lebih peka bagi memastikan adegan itu tidak terlepas. Selain itu, pihak penapis filem juga harus memainkan peranan penting dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Zizan minta maaf tentang isu hina rasulullah dalam filem hantu bonceng kat laman twitternya. Berikut adalah status yang ditulis sendiri oleh zizan mengenai isu ni kat twitter.


 Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter

Demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.
Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.
Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.





Web hosting


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...