Friday, September 16, 2011

Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA

55 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA



Memalukan!. Itu sahaja perkataan yang layak untuk pegawai polis trafik Malaysia yang meminta rasuah. Lebih memalukan ia dilakukan terhadap warga asing yang datang ke Malaysia, sekaligus mencerminkan tahap rasuah di negara Malaysia kepada mata warga luar.
Paparan daripada video yang dirakamkan oleh seorang pemandu Singapura yang sedang memandu menyeberangi Tambak Johor ini mendedahkan salah laku seorang pegawai polis Malaysia yang meminta ‘Duit Kopi’.
Pemandu Singapura ini diarahkan ke tepi kerana memandu melebihi had laju 110km/jam. Pemandu Singapura yang tidak mahu di saman ini sanggup membayar ‘duit kopi’. Di dalam rakaman video ini juga, anggota polis meminta RM 50 kerana ‘duit kopi’ yang ditawarkan oleh pemandu Singapura ini terlalu kecil.
Pihak Polis Diraja Malaysia mesti mengambil tindakan terhadap anggota polis yang melakukan rasuah dan sekaligus memalukan negara Malaysia di mata dunia.
Ikuti rentetan peristiwa menjijikkan itu di bawah :
2 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA

Seorang anggota polis trafik menahan kenderaan yang dipandu warga Singapura ini kerana melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 110km/jam. Warga Singapura ini memandu pada kelajuan 125km/jam.

44 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA
Anggota polis trafik ini meminta lesen memandu daripada warga Singapura ini.

11 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA
Perbincangan tawar menawar untuk membayar ‘duit kopi’.

55 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA
Akhirnya, pemandu warga Singapura akur membayar RM50 bagi mengelakkan di saman…

22 Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA
…dan akhirnya duit kopi RM50 itu bertukar tangan ke tangan anggota polis trafik tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...