Friday, September 16, 2011

Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

 Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

Ikan piranha ini bersaiz besar bahkan yang terbesar di dunia. Oleh kerana saiznya yang besar ikan ini mampu menjadikan seekor buaya sebagai mangsa.
Giginya sangat tajam, berjumlah 32 batang. Panjang badannya 1,5 meter, beratnya sekitar 45 kilogram. Inilah piranha raksasa.
Ikan ini ditemui oleh Jeremy Wade, pembawa acara River Monsters show yang juga seorang pemancing berbangsa Inggeris. Beliau melakukan expedisi ke sungai di Congo, Afrika.
Dengan gagah dan berani, Wade sempat mengambil foto bersama ikan ganas ini. Beliau memegang badan ikan itu sambil mulutnya terbuka lebar memperlihatkan gigi-giginya yang runcing.

peces gigantes Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

Ikan tigerfish raksasa ini dipercayai sebagai ikan air tawar yang lebih ganas daripada ikan piranha biasa. Giginya sama saiz dengan yu putih. ia juga kerap menyerang manusia bahkan menjadikan buaya sebagai mangsanya.
“Ikan ini mempunyai gigitan yang amat kuat dan boleh menjadikan apa jua sebagai mangsa yang seukuran dirinya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya,” kata Wade.
“Ikan ini benar-benar berbahaya, kamu harus berhati-hati, dengan mudah kamu akan kehilangan jari, bahkan lebih buruk lagi.”
Wade mengambil masa lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, kemudian melepaskannya kembali.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...