Saturday, October 8, 2011

Awas Speedtrap Terbaru Di Bawah Jambatan

 Awas Speedtrap Terbaru Di Bawah Jambatan

Ini nak kongsi peringatan untuk org yang suka bawak laju-laju. Di bawah ni ada senarai kawasan speedtrap, dan sekarang ni polis gunakan cara yang semakin canggih untuk kesan pemandu yang tak berhemah, iaitu dengan meletakkan camera speedtrap di bawah jambatan di lokasi-lokasi tertentu.
Jadi takde lagi la polis duduk dan tembak speedtrap tu. So hati-hati.. icon razz Awas Speedtrap Terbaru Di Bawah Jambatan Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. Laju-laju pun tak kemana juga.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR
South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction…..


Friday, September 23, 2011

Jawatan Kosong Pendapatan Lumayan

jawatan kosong untuk solat jemaah Jawatan Kosong Untuk Solat Jemaah

Jawatan mengisi kekosongan JAWATAN MAKMUM SOLAT BERJEMMAH LIMA WAKTU.
Pendapatan Lumayan : 27 x Ganda pahala 5 x sehari
Bonus Mingguan : Khutbah Jumaat, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib
Kelayakan : Baligh, Lelaki & Perempuan, Tidak Gila, Tidak Uzur
Tarikh Tutup : Sebelum Mati @ Tiba Hari Kiamat
Selamat Menunaikan Solat





Web hosting

Thursday, September 22, 2011

Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter




 Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter
Zizan dikatakan dengan sengaja jelas menghina Rasulullah apabila dalam satu babak yang dilakonkannya menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”
Bagaimanapun, dalam hal ini Zizan sebenarnya tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana pihak penyuntingan seharusnya lebih peka bagi memastikan adegan itu tidak terlepas. Selain itu, pihak penapis filem juga harus memainkan peranan penting dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Zizan minta maaf tentang isu hina rasulullah dalam filem hantu bonceng kat laman twitternya. Berikut adalah status yang ditulis sendiri oleh zizan mengenai isu ni kat twitter.


 Zizan Raja Lawak Minta Maaf Isu Hina Islam Di twitter

Demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.
Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.
Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.





Web hosting


Samuel Eto’o Pemain Bola Sepak Yang Menerima Bayaran Termahal Di Dunia

 Samuel Etoo Pemain Bola Sepak Yang Menerima Bayaran Termahal Di Dunia
Bekas penyerang Barcelona dan Inter Millan, Samuel Eto’o kini merupakan pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi di dunia. Pada usia 30 tahun, Eto’o telah pun mengecapi banyak kejuaraan ketika bermain untuk Barcelona dan juga Inter Milan.
Jadi tidak hairanlah Eto’o sanggup untuk berpindah ke liga Russia apabila kelab tidak dikenali Anzhi Makhachkala menawarkan gaji £345,000 (RM1.7 juta) seminggu untuk mendapatkan khidmat penyerang Cameron ini.
Menerima gaji lebih dari RM 1 juta seminggu mungkin sesuatu yang tidak masuk akal untuk kita di Malaysia, mungkin begitu juga untuk yang berada di Afrika.
Yuran perpindahan Eto’o dari Inter Milan pula berjumlah £24.7m (RM120 juta).
Selain Eto’o, kelab Rusia itu juga telahpun mendapatkan khidmat pemain bintang yang lain seperti Roberto Carlos dan Yuri Zhirkov dalam misi mereka untuk melayakan diri ke Liga Juara-jura Eropah pada musim depan.
Dengan menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan bayaran £345,000/minggu dengan kelab Rusia itu, Eto’o nampaknya telah bersedia untuk bersara daripada memikirkan untuk mengecapi piala berprestij.
 





Web hosting

Tuesday, September 20, 2011

Menyusu Dengan Lembu Selepas Ditinggalkan Ibu

3 Menyusu Dengan Lembu Selepas Ditinggalkan Ibu


KEMBOJA – Um Oeung seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan mula menyusu dengan ibu lembu selepas melihat gelagat anak lembu yang sedang menyusu.
Um Oeung ditinggalkan oleh ibunya yang ke Thailand untuk mencari kerja dan kini kanak-kanak ini tinggal bersama datuknya.
Um Oeung memberitahu beliau menghalang cucunya itu pada mulanya. Bagaimanapun beliau mengalah selepas cucunya menangis dan berteriak dengan kuat. Kanak-kanak itu menyusu susu lembu sekali atau dua kali sehari sejak hari itu.
Tha Sophat tinggal dengan datuk dan neneknya di wilayah Siem Reap di Utara-Barat Kemboja sejak ibu bapanya berpindah ke Thailand mencari kerja







Web hosting

Dua Hartawan Bertumbuk Semasa Berdebat Di TV

 Dua Taikun Bertumbuk Semasa Berdebat Di TV
MOSCOW – Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.
Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.
Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.
Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.
Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.
“Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya,” kata Lebedev.
Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.
Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.
Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).
Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta. – Agensi




Monday, September 19, 2011

Kacang hijau tiruan di Tesco

Web hosting

  • 0digg
image001 30 Kacang hijau tiruan di Tescoimage002 28 Kacang hijau tiruan di Tesco

Bagi mereka yang suka makan makanan ringan ataupun jajan atau yang mempunyai kebiasaan untuk membeli jajan untuk anak-anak anda, harap ambil perhatian dari analisa seorang ahli makmal di USM berkenaan kacang hijau.
Seperti yang terdapat di pasaran, makanan ringan kacang hijau terdapat beberapa jenis dari pelbagai jenama. Antaranya kacang hijau manis sahaja dan kacang hijau bersalut tepung dan sebagainya.
Kacang hijau mengandungi dua kali ganda protein dari sayur-sayuran, malah boleh jadi pengganti daging. Tiga suku cawan kacang memberikan 6 gram protein, tiamin plus , riboflavin, niacin, kalsium, besi, fosforus, kalium dan 645 unit vitamin A.
Malangnya sebahagian besar industri makanan ringan di negara-negara membangun berlaku penipuan dengan
kacang hijau palsu yang terdiri dari racun bahan kimia (pewarna).
Industri-industri ini menyediakan kacang seperti kacang rebus yang berwarna coklat (lebih murah) kemudian merendamnya dalam larutan pewarna semalaman.

image003 31 Kacang hijau tiruan di Tesco

Semua bahan kimia ini telah dilarang oleh makanan AS pada tahun 1974 . Kesan dari pewarna kacang hijau palsu boleh merosakkan usus besar dan kanser pundi kencing.
Semua kacang hijau palsu dilarang di AS, Kanada, semua Negara Eropah dan negara-negara maju lain.
Pengenalan kacang hijau palsu:
1. Masukkan kacang hijau dalam air mendidih selama 30 saat, ternyata air bertukar kepada warna hijau.
2. Setelah makan kacang hijau palsu ini akan menyebabkan lidah anda mempunyai kesan berwarna hijau dan rasa pahit.
Gejala :
1. Sakit perut.
2. Air kencing berubah menjadi seakan warna hijau.
3. Sakit kepala ringan.
Kajian kes :
Paket berikut ini dibeli oleh seorang pakar dalam kajian dadah USM daripada Tesco , Pulau Pinang pada tarikh 4 Julai 2010.

image004 23 Kacang hijau tiruan di Tesco
image005 25 Kacang hijau tiruan di Tesco
image006 23 Kacang hijau tiruan di Tesco
image007 20 Kacang hijau tiruan di Tesco
Sebagai ahli kimia beliau membuat ujian di makmal dan menjumpai bahan pewarna tiruan di dalam kandungannya.
Rujukan akhbar :
News paper reference:
China daily http://www.chinadaily.com.cn/china/2010-03/31/content_9664992.htm






Web hosting

Saturday, September 17, 2011

How to cool down a car under direct sun with Japanese way

It is summer, and if you live anywhere the sun shines, science dictates that it gets stupid hot inside your car when it is closed up and baking in the sun. According to this Japanese video, rolling down one window and opening and closing the opposite door a handful of 5 times will quickly and effectively cool down a hot car.
Well if you wonder whether it is work or not, try it yourself, but if you do understand the video which it is in Japanese, you will understand the reason why they rolling down on window in passenger side. Enjoy watching and take a try




Beli Kereta Dengan Duit Syiling

Di Bandar Xinjuang di provinsi Shaanxi,seorang lelaki datang ke sebuah kedai kereta untuk membeli sebuah kereta jenama Chery. Masalahnya beliau membawa 60,000 yuan (RM 28 000) dalam bentuk duit syiling. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang membawa beribu-ribu keping wang syiling didalam guni tepung. Kenapa guni tepung? Kerana beliau seorang penjual tepung secara sambilan. Wang syiling yang dibawanya ialah wang penjualan tepung dikedai beliau setiap hari.Secara keseluruhan berat duit yang dibawa beliau ialah 300 KG! Wang yang dibawa adalah terdiri dari syiling 1 Yuan, 50 sen dan 10 sen. Syiling yang berguni-guni itu kemudian terpaksa dibawa ke sebuah bank untuk dikira. Malang bagi Wang, hanya sebuah bank menerima wang beliau untuk dikira itupun mereka hanya bersetuju mengira hingga 15 000 dahulu.
Di China 90% pembelian kereta dijalankan secara tunai.Budaya orang di China memang begitu. Kereta dibeli hanya bila wang berjaya dikumpulkan oleh pembeli.Pembelian secara pinjaman bank yang kita rasa normal tidak wujud di China selama berdekad lamanya sehingga walaupun sudah berlaku liberalisasi ekonomi di China tabiat lama zaman komunis tegar kekal.





Bila Rumah Terlalu Mahal DIi China: Nekad duduk dalam lori






Friday, September 16, 2011

Kancil Masuk Lubang | Umpama Lukisan 3D Terreal Di Malaysia

Kejadian di Malaysia baru-baru ni.  Tak tahu plak kat negeri maner.Sebuah kancil telah masuk ke dalam sebuah lubang yang amat besar di tengah-tengah jalan raya.
Hampir separuh dari body kancil tersebut tenggelam masuk ke dalam lubang yang dilitupi air.  Bayangkan jika penumpang adalah anak-anak kecil atau pun bayi.  Apa yang bakal terjadi?
Umpama lukisan 3D
Di mana silapnya ?  Silapnya adalah pada infrastruktur jalan raya di negara ini yang 3rd class.  Jalan-jalan di Malaysia kebanyakkannya dibina dengan kualiti yang tidak baik  di tambah pula jalan dibina di kawasan lembut yang menakung air.
Jika dilihat pada jalan raya di Malaysia, jika hujan berterusan maka jalan-jalan akan menjadi berlubang sana belubang sini.  Ini hakikat di kebanyakkan tempat.

Pokok-pokok berbentuk aneh di dunia (10 gambar)







Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. Elektrik

Minyak Naik Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. Elektrik




Minyak Naik Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. ElektrikKUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah dagangan yang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.



- www.duniacacamarba.blogspot.com

Cara Jimatkan Minyak Ketika Memandu




Sedikit tips penjimatan minyak semasa memandu
1) Jangan Berhenti secara tiba-tiba.
Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana tenaga yang digunakan untuk memberhentikan kereta secara tiba-tiba lebih banyak berbanding berhentikan kereta secara perlahan.
Kalau kat traffic light tu, agak-agak lampu da nak merah, perlahankan kenderaan dengan melepaskan minyak perlahan-lahan sebelum menekan brek.


2) Elakkan menaikkan kelajuan dengan terlalu perlahan.
Kajian menunjukkan penggunaan minyak lebih tinggi apabila mencapai kelajuan 50 batu/jam dalam masa 30 saat berbanding 15 saat. Mungkin ada antara kita berfikir menggunakan gear rendah akan menjimatkan minyak, ianya betul tetapi apabila ia mencapai had kelajuan pada gear tersebut, penggunaan minyak akan bertambah.

3) Tutup Tingkap dan Gunakan Pendingin Hawa (Air-Con).
Sekiranya anda suka memandu dengan laju, langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan minyak adalah dengan memasang air-con dan tutup tingkap. Bila tingkap dibuka, kereta anda akan jadi kurang aerodynamic dan akan membantutkan sedikit pecutan kereta.
Kajian juga menunjukkan penggunaan Air-con ketika memandu laju menggunakan lebih sedikit minyak berbanding ketika memandu perlahan.
Jadi, bila bawak perlahan, bukaklah tingkap..bila bawak laju..pasanglah Air-cond




4) Jangan Gunakan Gear Neutral Ketika Turun Bukit.
Mungkin anda akan tertanya-tanya kenapa tak boleh guna gear neutral? bukan ke gear neutral lagi jimatkan minyak.. Sebenarnya anda sedikit silap. Kerana kebanyakan kereta terkini dilengkapi dengan Deceleration Fuel Cut-off yang dikawal oleh komputer.
Apabila anda turun bukit tanpa meneutralkan gear dan anda tidak memijak pedal minyak, alat yang ‘menyuntik’ minyak tersebut ke dalam enjin akan tertutup sendiri. tetapi tayar masih lagi berjalan dan tiada penggunaan minyak semasa keadaan tersebut.
Lagipun, adalah amat berbahaya meneutralkan gear semasa menuruni bukit.

5) Bijak Dalam Penggunaan Gear.
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.




6) Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul.
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.
Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus.
Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7) Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai.
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.




8)Kurangkan Berat/Bebanan Kereta.
Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor).
Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

9) Kurangkan Kelajuan.
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

10) Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu.
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama.
Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

Tips Memakai Minyak Wangi Yang Betul

 Tips Memakai Minyak Wangi Yang Betul



Tips Memakai Minyak Wangi Yang BetulMinyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Mengapa bau minyak wangi berbeza-beza bila dipakai oleh orang berlainan?

 Tips Memakai Minyak Wangi Yang Betul



Tips Memakai Minyak Wangi Yang Betul

Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.

Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.

Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.

Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan tetapi kita tidak.

Telur Ayam Pun Ada Tiruan




Telur ayam pun ada tiruanGEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

PERBEZAAN ANTARA TELUR AYAM PALSU DAN TELUR AYAM ASLI


Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

 Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

Ikan piranha ini bersaiz besar bahkan yang terbesar di dunia. Oleh kerana saiznya yang besar ikan ini mampu menjadikan seekor buaya sebagai mangsa.
Giginya sangat tajam, berjumlah 32 batang. Panjang badannya 1,5 meter, beratnya sekitar 45 kilogram. Inilah piranha raksasa.
Ikan ini ditemui oleh Jeremy Wade, pembawa acara River Monsters show yang juga seorang pemancing berbangsa Inggeris. Beliau melakukan expedisi ke sungai di Congo, Afrika.
Dengan gagah dan berani, Wade sempat mengambil foto bersama ikan ganas ini. Beliau memegang badan ikan itu sambil mulutnya terbuka lebar memperlihatkan gigi-giginya yang runcing.

peces gigantes Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa

Ikan tigerfish raksasa ini dipercayai sebagai ikan air tawar yang lebih ganas daripada ikan piranha biasa. Giginya sama saiz dengan yu putih. ia juga kerap menyerang manusia bahkan menjadikan buaya sebagai mangsanya.
“Ikan ini mempunyai gigitan yang amat kuat dan boleh menjadikan apa jua sebagai mangsa yang seukuran dirinya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya,” kata Wade.
“Ikan ini benar-benar berbahaya, kamu harus berhati-hati, dengan mudah kamu akan kehilangan jari, bahkan lebih buruk lagi.”
Wade mengambil masa lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, kemudian melepaskannya kembali.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...